TEKS BAHASA ARAB
رحم الله رجلاً غسلته امرأته، وكفن في أخلاقه
TEKS BAHASA MALAYSIA
Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang memandikan jenazahnya adalah isterinya dan dikafankan dari pakaiannya sendiri yang lusuh.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1739, hadis nombor 8751. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((رحم الله رجلاً غسلته امرأته، وكفن في أخلاقه.)) [هق، ((الضعيفة)) (3639)].
(Palsu)
Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’: ((Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang memandikan jenazahnya adalah isterinya dan dikafankan dari pakaiannya sendiri yang lusuh.))
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3639].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.