Semoga Allah merahmati seorang ayah yang membantu anaknya dalam berbuat baik

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله والدا أعان ولده على بره، قالوا: كيف يا رسول الله ؟ قال: يقبل إحسانه، ويتجاوز عن إساءته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati seorang ayah yang membantu anaknya dalam berbuat baik. Para sahabat bertanya: Bagaimanakah itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Iaitu dengan menerima kebaikannya dan memaafkan keburukannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 190, hadis nombor 977. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عطاء بن أبي رباح أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((رحم الله والدا أعان ولده على بره، قالوا: كيف يا رسول الله؟ قال: يقبل إحسانه، ويتجاوز عن إساءته)).
[ابن وهب، ((الضعيفة)) (‌‌1946)]

(Lemah)
Daripada ‘Ata’ bin Abi Rabah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Semoga Allah merahmati seorang ayah yang membantu anaknya dalam berbuat baik. Para sahabat bertanya: Bagaimanakah itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Iaitu dengan menerima kebaikannya dan memaafkan keburukannya.
[Riwayat Ibn Wahb. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1946]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs