TEKS BAHASA ARAB
رحم الله أخي يوسف لولم يقل: {اجعلني على خزائن الأرض} لاستعمله من ساعته، ولكنه أخر لذلك سنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Semoga Allah merahmati saudaraku Yusuf sekiranya dia tidak menyebut: {Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir)}.” [Yusuf: 55] nescaya dia akan dapat menggunakannya pada saat itu tetapi dia dilewatkan untuk hal tersebut selama setahun.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1656, hadis nombor 8362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((رحم الله أخي يوسف لولم يقل: {اجعلني على خزائن الأرض} لاستعمله من ساعته، ولكنه أخر لذلك سنة)). [الثعلبي، الواحدي، ((الضعيفة)) (329)].
(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’: ((Semoga Allah merahmati saudaraku Yusuf sekiranya dia tidak menyebut: {Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir)}.” [Yusuf: 55] nescaya dia akan dapat menggunakannya pada saat itu tetapi dia dilewatkan untuk hal tersebut selama setahun.))
[Riwayat al-Tha’labi dan al-Wahidi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 329].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.
]