Tidak Sahih Secara Marfu'

30/06/2024

minit bacaan



Semoga Allah merahmati saudaraku Nabi al-Khadir

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: رحم الله أخي الْخضر، لَو كَانَ حَيا لزارني.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Semoga Allah merahmati saudaraku Nabi al-Khadir. Jika beliau masih hidup, tentu beliau akan menziarahiku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tidak Sahih Secara Marfu'

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 87-88, hadis no. 220. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: لا يثبت مرفوعا، بل هو من اختلاق بعض الكذابين، وقال ابن قيم الجوزية: الأحاديث التي يذكر فيها الخضر وحياته كلها كذب ولا يصح في حياته شيء.

Ibn Hajar berkata: Tidak sahih secara marfu.Bahkan, ia termasuk khilaf sebahagian pembohong. Ibn Qayyim al-Jawziyyah berkata: hadis-hadis yang menyebutkan di dalamnya tentang Khidir dan hidupnya beliau, kesemuanya adalah dusta dan tidak sahih satu pun hadis tentang hidupnya beliau.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.