Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَحِمَ اللَّهُ أَخِي الْخَضِرَ لَوْ كَانَ حَيًّا لَزَارَنِي.
Teks Bahasa Melayu
Semoga Allah merahmati saudaraku, Khidir. Kalau beliau masih hidup, pasti beliau akan menziarahiku.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 42, hadis no. 157. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر لا يثبت مرفوعا وإنما هو من كلام بعض السلف ممن أنكر حياة الخضر - عليه السلام -.
Ibn Hajar berkata: "Tidak thabit secara marfu', ia hanyalah bersumberkan daripada ucapan sebahagian Salaf yang mengingkari hidupnya Khidir AS".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman