Semoga Allah merahmati saudara-saudaraku di Qazwin

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله إخواني بقزوين؛ يقولها ثلاثا. ثم بكى، فانصبت دموعه على خده، فجعلت تقطر من أطراف لحيته، فقال أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم: بأبينا وأمهاتنا، ما قزوين هذه؟ ومن إخوانك الذين بها، فإنك ذكرتهم حتى بكيت؟ قال: قزوين باب من أبواب الجنة، وهي قرية يقال لها: الديلم، وهي اليوم في يد المشركين، وسيفتحها الله في آخر الزمان على أمتي، فمن أدرك ذلك الزمان؛ فليأخذ بنصيبه من فضل الرباط بقزوين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati saudara-saudaraku di Qazwin – baginda mengulanginya sebanyak tiga kali- kemudian baginda menangis. Lalu air matanya membasahi pipinya dan ia menitis dari janggutnya. Para sahabat baginda lalu berkata: "Ibu dan ayah kami sebagai ganti kepadamu! Siapakah Qazwin ini dan siapakah saudara-saudaramu yang berada di sana? Engkau menyebut mereka sehingga engkau menangis?" Baginda bersabda: “Qazwin ialah pintu dari pintu-pintu syurga. Ia merupakan suatu kampung yang dipanggil al-Dailam. Pada hari ini ia berada dalam tangan Musyrikin. Ia akan dibuka kembali oleh Allah pada akhir zaman kepada umatku. Sesiapa yang sempat melalui zaman itu, maka ambillah peluang berjaga di Qazwin."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 681, hadis nombor 3506. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة قال: بينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم قاعد معنا، إذ رفع بصره إلى السماء، كأنه يتوقع أمرا، فقال: ((رحم الله إخواني بقزوين؛ يقولها ثلاثا. ثم بكى، فانصبت دموعه على خده، فجعلت تقطر من أطراف لحيته، فقال أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم: بأبينا وأمهاتنا، ما قزوين هذه؟ ومن إخوانك الذين بها، فإنك ذكرتهم حتى بكيت؟ قال: قزوين باب من أبواب الجنة، وهي قرية يقال لها: الديلم، وهي اليوم في يد المشركين، وسيفتحها الله في آخر الزمان على أمتي، فمن أدرك ذلك الزمان؛ فليأخذ بنصيبه من فضل الرباط بقزوين)). [الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5550)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Ketika Rasulullah SAW duduk pada suatu hari Bersama kami baginda mengangkat pandangannya ke langit seolah-olah dia menjangkakan sesuatu. Baginda bersabda: "Semoga Allah merahmati saudara-saudaraku di Qazwin – baginda mengulanginya sebanyak tiga kali- kemudian baginda menangis. Lalu air matanya membasahi pipinya dan ia menitis dari janggutnya. Para sahabat baginda lalu berkata: "Ibu dan ayah kami sebagai ganti kepadamu! Siapakah Qazwin ini dan siapakah saudara-saudaramu yang berada di sana? Engkau menyebut mereka sehingga engkau menangis?" Baginda bersabda: “Qazwin ialah pintu dari pintu-pintu syurga. Ia merupakan suatu kampung yang dipanggil al-Dailam. Pada hari ini ia berada dalam tangan Musyrikin. Ia akan dibuka kembali oleh Allah pada akhir zaman kepada umatku. Sesiapa yang sempat melalui zaman itu, maka ambillah peluang berjaga di Qazwin." [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5550]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs