Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَحِمَ اللهُ إِخْوَانِي بِقَزْوِينَ» يَقُولُهَا ثَلاثَاً، ثُمَّ بَكَى، فَانْصَبَّتْ دُمُوعُهُ عَلَى خَدِهِ، فَجَعَلَتْ تَقْطُرُ مِنْ أَطْرَافِ لِحْيَتِهِ، فَقَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بِآبَائِنَا وَأُمَّهَاتِنَا، مَا قَزْوِينُ هَذِهِ؟ ، وَمَنْ إِخْوَانُكَ الَّذِينَ بِهَا؟ ، فَإِنَّكَ ذَكَرْتُهُمْ هَهُنَا حَتَّى بَكَيْتَ؟ ، قَالَ: «قَزْوِينُ بَابٌ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ، وَهِيَ قَرْيَةٌ يُقَالُ لَهَا: (الدَّيْلَمُ) ، وَهِيَ الْيَوْمَ فِي يَدِ الْمُشْرِكِينَ، وَسَيَفْتَحُهَا اللهُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عَلَى أُمَّتِي، فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ الزَّمَانَ، فَلْيَأْخُذْ بِنَصِيبِهِ مِنْ قِبَلِ الرِّبَاطِ بِقَزْوِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Semoga Allah merahmati saudara-saudaraku di Qazwin – baginda mengulanginya sebanyak tiga kali- kemudian baginda menangis. Lalu air matanya membasahi pipinya dan ia menitis dari janggutnya. Para sahabat baginda lalu berkata: "Ibu dan ayah kami sebagai ganti kepadamu! Siapakah Qazwin ini dan siapakah saudara-saudaramu yang berada di sana? Engkau menyebut mereka sehingga engkau menangis?" Baginda bersabda: “Qazwin ialah pintu dari pintu-pintu syurga. Ia merupakan suatu kampung yang dipanggil al-Dailam. Pada hari ini ia berada dalam tangan Musyrikin. Ia akan dibuka kembali oleh Allah pada akhir zaman kepada umatku. Sesiapa yang sempat melalui zaman itu, maka ambillah peluang berjaga di Qazwin."
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 681, hadis no. 3506. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Ketika Rasulullah SAW duduk pada suatu hari Bersama kami baginda mengangkat pandangannya ke langit seolah-olah dia menjangkakan sesuatu. Baginda bersabda: "Semoga Allah merahmati saudara-saudaraku di Qazwin – baginda mengulanginya sebanyak tiga kali- kemudian baginda menangis. Lalu air matanya membasahi pipinya dan ia menitis dari janggutnya. Para sahabat baginda lalu berkata: "Ibu dan ayah kami sebagai ganti kepadamu! Siapakah Qazwin ini dan siapakah saudara-saudaramu yang berada di sana? Engkau menyebut mereka sehingga engkau menangis?" Baginda bersabda: “Qazwin ialah pintu dari pintu-pintu syurga. Ia merupakan suatu kampung yang dipanggil al-Dailam. Pada hari ini ia berada dalam tangan Musyrikin. Ia akan dibuka kembali oleh Allah pada akhir zaman kepada umatku. Sesiapa yang sempat melalui zaman itu, maka ambillah peluang berjaga di Qazwin." [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5550]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman