Semoga Allah merahmati saudara aku di Qazwin

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله إِخواني بِقزوين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati saudara aku di Qazwin.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1908 hadis nombor 9585. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: بينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم قاعد معنَا، إذ رفع بصره إِلى السماء، كأنه يتوقع أمرا فقال: رحم الله إِخواني بِقزوين -يَقولها ثلاثا-! ثم بكى، فانصبت دموعه على خده، فجعلت تقطر من أطراف لحيته، فقال أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم: بِآبائنا وأمهاتنا، ما قزوين هذه؟ ومن إِخوانك الذين بِها؟ فإنك ذكرتهم ههنا حتى بكيت، قال: قزوين باب من أبواب الجنة، وهي قرية يقال لها: (الديلم)، وهي اليوم في يد المشركين، وسيفتحها الله في آخر الزمان على أمتي، فمن أدرك ذلك الزمان، فليأخذ بِنصيبِه من فضل الرباط بِقزوين.
[الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5550، 3247)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Pada satu hari, Rasulullah SAW bersama kami sambil duduk. Tiba-tiba Baginda mengangkat matanya ke langit seakan-akan Baginda menjangkakan satu perintah. Lalu Baginda bersabda: Semoga Allah merahmati saudara aku di Qazwin. Baginda menyebutnya sebanyak tiga kali kemudian Baginda menangis. Lantas air mata Baginda menyentuh pipi Baginda dan mula menitis dari hujung janggut Baginda. Lalu Para Sahabat Baginda berkata: Apa sahaja untukmu walaupun ayah dan ibu kami menjadi galang ganti, apakah Qazwin ini dan siapakah saudara kamu yang berada padanya? Sesungguhnya kamu menyebut tentang mereka sehingga kamu menangis. Baginda bersabda: Qazwin adalah salah satu pintu syurga. Ia ada sebuah kampung yang dipanggil Al-Dailam. Pada hari ini ia berada di bawah cengkaman kaum musyrik. Allah akan membukanya untuk umat aku pada akhir zaman. Barangsiapa yang sempat hidup zaman tersebut, maka ambillah bahagiannya untuk menjaga perbatasan Qazwin.
[Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5550, 3247]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs