Semoga Allah merahmati Qais!

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله قيسا، رحم الله قيسا! قيل: يا رسول الله! ترحم على قيس؟ قال: نعم؛ إنه كان على دين أبي إسماعيل بن إبراهيم خليل الله، يا قيس! حي يمنا، يا يمن! حي قيسا، إن قيسا فرسان الله في الأرض، والذي نفسي بيده! ليأتين على الناس زمان ليست لهذا الدين ناصر غير قيس، إن لله عز وجل فرسانا من أهل السماء مسومين، وفرسانا من أهل الأرض معلمين، ففرسان الله من أهل الأرض قيسا، إنما قيس بيضة تفلقت عنا أهل البيت، إن قيسا ضراء الله في الأرض. يعني: أسد الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati Qais! Semoga Allah merahmati Qais!. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Anda mendoakan rahmat untuk Qais? Baginda menjawab: Ya, beliau berada di atas agama datukku, Isma’il bin Ibrahim Khalil Allah. Wahai Qais! Mari ke Yaman! Wahai, Yaman! Mari ke Qais! Sesungguhnya Qais adalah penunggang kuda Allah di bumi. Demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya! Pasti akan datang kepada manusia satu zaman yang tidak ada penolong bagi agama ini selain Qais. Sesungguhnya Allah SWT mempunyai penunggang kuda dalam kalangan penduduk langit yang ditanda dan penunggang kuda dalam kalangan penduduk bumi yang diajar. Maka penunggang kuda Allah dalam kalangan penduduk bumi adalah Qais, Qais hanyalah seperti telur yang merekah daripada ahli bait. Sesungguhnya Qais adalah singa Allah di muka bumi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1367 – 1368, hadis nombor 6967. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن غالب بن أبجر رضي الله عنه، قال: ذكرت قيسا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: رحم الله قيساً، رحم الله قيساً! قيل: يا رسول الله! ترحم على قيس؟ قال: نعم؛ إنه كان على دين أبي إسماعيل بن إبراهيم خليل الله، يا قيس! حي يمناً، يا يمن! حي قيساً، إن قيساً فرسان الله في الأرض، والذي نفسي بيده! ليأتين على الناس زمان ليست لهذا الدين ناصر غير قيس، إن لله عز وجل فرساناً من أهل السماء مسومين، وفرساناً من أهل الأرض معلمين، ففرسان الله من أهل الأرض قيساً، إنما قيس بيضة تفلقت عنا أهل البيت، إن قيساً ضراء الله في الأرض. يعني: أسد الله.
[طب، طس، ((الضعيفة)) (5895)]

(Lemah)
Daripada Ghalib bin Abjar RA, katanya: Aku menyebut berkenaan Qais di sisi Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda: “Semoga Allah merahmati Qais! Semoga Allah merahmati Qais!”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah! Anda mendoakan rahmat untuk Qais?” Baginda menjawab: “Ya, beliau berada di atas agama datukku, Isma’il bin Ibrahim Khalil Allah. Wahai Qais! Mari ke Yaman! Wahai, Yaman! Mari ke Qais! Sesungguhnya Qais adalah penunggang kuda Allah di bumi. Demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya! Pasti akan datang kepada manusia satu zaman yang tidak ada penolong bagi agama ini selain Qais. Sesungguhnya Allah SWT mempunyai penunggang kuda dalam kalangan penduduk langit yang ditanda dan penunggang kuda dalam kalangan penduduk bumi yang diajar. Maka penunggang kuda Allah dalam kalangan penduduk bumi adalah Qais, Qais hanyalah seperti telur yang merekah daripada ahli bait. Sesungguhnya Qais adalah singa Allah di muka bumi”.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah,no. 5895]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.