Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رحمَ اللَّهُ مَن حفِظَ لسانَهُ، وعرفَ زمانَهُ، واستقامَت طريقتُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Semoga Allah merahmati mereka yang menjaga lisannya, mengetahui zamannya, serta lurus perjalanannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 190, hadis no. 976. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((رحم الله من حفظ لسانه، وعرف زمانه، واستقامت طريقته)). [الحاكم في ((تاريخه))، ((الضعيفة)) (1771)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Semoga Allah merahmati mereka yang menjaga lisannya, mengetahui zamannya, serta lurus perjalanannya’. [Riwayat al-Hakim dalam Tarikhnya. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1771]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman