Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Semoga Allah merahmati Himyar

Teks Bahasa Arab

نعمَ القوم حمير؛ بأفواههمُ السلامُ، وبأيديهمُ الطعام.

Teks Bahasa Melayu

Seorang lelaki datang bertemu Nabi SAW. Beliau berkata: Wahai Rasulullah, laknatlah Himyar. Baginda bersabda: Semoga Allah merahmati Himyar. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah, laknatlah Himyar. Baginda bersabda: Semoga Allah merahmati Himyar. Lelaki itu berkata lagi: Wahai Rasulullah, aku kata laknatlah Himyar. Baginda bersabda: Sebaik-baik kaum ialah Himyar. Keamanan di mulut mereka dan makanan di tangan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Ibn al-Sanabiji RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1916, hadis no. 9624. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن الصنابجي قال: إن رجلا أتى النبي - صلى الله عليه وسلم - فقال: يا رسول الله! العن حميراً. فقال: يرجم الله حميراً. فقال: يا رسول الله العن حميراً. قال: يرحم الله حميراً. فقال: يا رسول الله إنما قلت: العن حِمْيَراً. فقال: نِعْمَ القوم حِمْيَر؛ بأفواههِمُ السلامُ، وبأيديهمُ الطعام. [الفسوي، ((الضعيفة)) (5509)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn al-Sanabiji, beliau berkata: Seorang lelaki datang bertemu Nabi SAW. Beliau berkata: Wahai Rasulullah, laknatlah Himyar. Baginda bersabda: Semoga Allah merahmati Himyar. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah, laknatlah Himyar. Baginda bersabda: Semoga Allah merahmati Himyar. Lelaki itu berkata lagi: Wahai Rasulullah, aku kata laknatlah Himyar. Baginda bersabda: Sebaik-baik kaum ialah Himyar. Keamanan di mulut mereka dan makanan di tangan mereka. [Riwayat al-Fasawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5509]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.