Semoga Allah merahmati golongan yang menyelati basuhan jari ketika mengambil wuduk dan makan daripada kalangan umatku

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله المتخللين من أمتي في الوضوء والطعام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati golongan yang menyelati basuhan jari ketika mengambil wuduk dan makan daripada kalangan umatku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 402, hadis nombor 2153. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أيوب – رضي الله عنه – مرفوعاً: «رحم الله المتخللين من أمتي في الوضوء والطعام». [القضاعي، «الضعيفة» (3638)].

(Lemah) Daripada Abu Ayyub RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Semoga Allah merahmati golongan yang menyelati basuhan jari ketika mengambil wuduk dan makan daripada kalangan umatku”. [Riwayat al-Quda’i dalam Musnad al-Shihab. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3638].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.