Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَحِمَ اللهُ قومًا يحسِبُهُمُ النَّاسُ مَرْضَى، وما هم بِمَرْضَى.
Teks Bahasa Melayu
Semoga Allah merahmati golongan yang menyangka mereka sakit, sedangkan mereka tidak sakit.
Sahabat Perawi
- Al-Hasan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2017, hadis no. 10132. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada al-Ḥasan, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Semoga Allah merahmati golongan yang manusia menyangka mereka sakit, sedangkan mereka tidak sakit. [Riwayat Ibn al-Mubārak dalam kitab al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3888]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman