Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَحِمَ اللهُ المُتَخَلِّلِينَ من أُمَّتِي في الوضوءِ والطعامِ.
Teks Bahasa Melayu
Semoga Allah merahmati dalam kalangan umatku orang-orang yang menyela (jari) ketika berwuduk dan makan.
Sahabat Perawi
- Abu Ayyub RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1204, hadis no. 6119. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أيوب رضي الله عنه مرفوعاً: رحم الله المتخللين من أمتي في الوضوء والطعام. [القضاعي، فر، ((الضعيفة)) (3638)]
(Lemah) Daripada Abi Ayyub RA secara marfu': Semoga Allah merahmati dalam kalangan umatku orang-orang yang menyela (jari) ketika berwuduk dan makan. [Riwayat al-Qudha'ei dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3638]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman