Semoga Allah merahmati Bani Qais

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رحم الله قيسا، رحم الله قيسا، إنه كان على دين إسماعيل بن إبراهيم خليل الله عز وجل، يا قيس حي يمنا، يا يمن حي قيسا، إن قيسا فرسان الله في الأرض، والذي نفسي بيده، ليأتين على الناس زمان ليس لهذا الدين ناصر غير قيس، إن لله فرسانا في الأرض موسومين، وفرسانا في الأرض معلمين، ففرسان الله في الأرض قيس، إنما قيس بيضة تفلقت عنها أهل البيت، إن قيسا ضراء الله في الأرض، يعني أسد الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati Bani Qais, semoga Allah merahmati Bani Qais, sesungguhnya mereka berada di atas agama Ismail bin Ibrahim Khalilullah, wahai Bani Qais hiduplah diberkati, wahai Bani Qais berkatlah hidupmu, sesungguhnya Bani Qais ialah tentera Allah di dunia, demi zat yang aku di bawah penguasaanNya, akan datang kepada umat manusia satu zaman yang mana tiada pertolongan kepada agama kecuali melalui Bani Qais, sesungguhnya tentera Allah itu berakhlak baik, dan mengajarkan orang, dan tentera Allah di dunia ini adalah Bani Qais. Dan sesungguhnya mereka adalah cahaya yang merentasi isi rumahnya, dan sesungguhnya mereka singa Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1811, hadis nombor 9132. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن غالب بن أبجر – رضي الله عنه -، قال: ذُكرت قيس عند رسول الله ﷺ فقال: رحم الله قيساً، رحم الله قيساً، إنه كان على دين إسماعيل بن إبراهيم خليل الله -عزّ وجل-، يا قيس حي يمناً، يا يمنّ حي قيساً، إن قيساً فرسان الله في الأرض، والذي نفسي بيده، ليأتينَّ على الناس زمان ليس لهذا الدين ناصر غير قيس، إنّ الله فرساناً في الأرض مسومين، وفرساناً في الأرض معلمين، فرسان الله في الأرض قيس، إنا قيس بيضة تفلّقت عنها أهل البيت، إن قيساً ضِراء الله في الأرض، يعني أسد الله. [تخ، طب، طس، ابن منده، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2497)]

(Lemah) Daripada Ghalib bin Abjar RA berkata, aku menyebut Bani Qais di hadapan Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: Semoga Allah merahmati Bani Qais, semoga Allah merahmati Bani Qais, sesungguhnya mereka berada di atas agama Ismail bin Ibrahim Khalilullah, wahai Bani Qais hiduplah diberkati, wahai Bani Qais berkatlah hidupmu, sesungguhnya Bani Qais ialah tentera Allah di dunia, demi zat yang aku di bawah penguasaanNya, akan datang kepada umat manusia satu zaman yang mana tiada pertolongan kepada agama kecuali melalui Bani Qais, sesungguhnya tentera Allah itu berakhlak baik, dan mengajarkan orang, dan tentera Allah di dunia ini adalah Bani Qais. Dan sesungguhnya mereka adalah cahaya yang merentasi isi rumahnya, dan sesungguhnya mereka singa Allah. [Tarikh al-Bukhari, Al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Ausat, Ibn Mandah, Ibn ‘Asakir, (Silsilah al-Dhaifah) (2497)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.