Semoga Allah merahmati Abu Zar!

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله أبا ذر؛ يمشي وحده، ويموت وحده ويبعث وحده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati Abu Zar! Beliau berjalan bersendirian, mati bersendirian, dan akan dibangkitkan bersendirian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1367, hadis nombor 6966. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: لما سار رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى تبوك جعل لا يزال يتخلف الرجل فيقولون: يارسول الله! تخلف فلان فيقول: “دعوه؛ إن يكفيه خير؛ فسيلحقه الله بكم، وإن يك غير ذلك؛ فقد أراحكم الله منه”. حتى قيل: يارسول الله! تخلف أبو ذر، وأبطأ به بعيره. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (دعوه؛ إن يك فيه خير؛ فسيلحقه الله بكم، وإن يك غير ذلك؛ فقد أراحكم الله منه “. فتلوم أبو ذر رضي الله عنه على بعيره، فلما أبطأ عليه؛ أخذ متاعه، فجعله على ظهره، فخرج يتبع رسول الله صلى الله عليه وسلم ماشيا، ونزل رسول الله صلى الله عليه وسلم في بعض منازله، ونظر ناظر من المسلمين فقال: يارسول الله! هذا رجل يمشي على الطريق، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (كن أبا ذر). فلما تأمله القوم؛ قالوا: يا رسول الله! هو والله! أبو ذر، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (رحم الله أبا ذر؛ يمشي وحده، ويموت وحده ويبعث وحده.). فضرب الدهر من ضربته وسيّر أبو ذر إلى (الربذة) فلما حضره الموت أوصى امرأته وغلامه: إذا مت فاغسلاني وكفناني ثم احملاني فضعاني على قارعة الطريق فأول ركب يمرون بكم فقولوا هذا أبو ذر فلما مات فعلوا به كذلك فاطلع ركب فما علموا به حتى كادت ركائبهم تطأ سريره، فإذا ابن مسعود في رهط من أهل الكوفة فقالوا ما هذا؟ فقيل: جنازة أبي ذر فاستهل ابن مسعود رضي الله عنه يبكي فقال: صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم: (يرحم الله أبا ذر؛ يمشي وحده، ويموت وحده ويبعث وحده) الحديث، فنزل فوليه بنفسه حتى أجنه، فلما قدموا المدينة ذكر لعثمان قول عبد الله وما ولي منه.
[ابن إسحاق، ابن سعد، ك، ((الضعيفة)) (5531)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, katanya: Ketika Rasulullah SAW berjalan ke Tabuk, seorang lelaki sering tertinggal, lalu mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Si fulan telah tertinggal”. Baginda pun bersabda: “Biarkanlah dia. Jika padanya ada kebaikan maka Allah akan sertakannya terhadap kamu dan jika sebaliknya, maka Allah rehatkan kamu daripadanya”, hinggalah dikatakan: “Wahai Rasulullah! Abu Zar telah ketinggalan, untanya menyebabkan dia lambat”. Rasulullah SAW pun bersabda: “Biarkanlah dia. Jika padanya ada kebaikan maka Allah akan sertakannya terhadap kamu dan jika sebaliknya, maka Allah rehatkan kamu daripadanya”. Abu Zar RA pun mencela untanya. Oleh kerana untanya melambatkan beliau, beliau mengambil barangnya lalu meletakkannya di atas belakangnya, beliau pun keluar mengikuti Rasulullah SAW sambil berjalan. Rasulullah SAW berhenti di sebahagian tempat perhentian Baginda, pemerhati dalam kalangan orang Islam melihat, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah! Lelaki ini berjalan kaki sepanjang perjalanan”, Rasulullah SAW bersabda: “Jadilah dia Abu Zar”, setelah satu kumpulan mengamatinya, mereka berkata: “Wahai Rasulullah, demi Allah, benar, dia adalah Abu Zar”. Rasulullah SAW bersabda: “Semoga Allah merahmati Abu Zar! Beliau berjalan bersendirian, mati bersendirian, dan akan dibangkitkan bersendirian”. Berlalunya masa, Abu Zar telah pergi ke Rabzah, apabila kematian mendatangi beliau, beliau berpesan kepada isteri dan hamba-Nya: “Apabila aku meninggal dunia, maka kamu berdua mandi dan kafankan aku, kemudian kamu berdua bawalah aku lalu letakkan aku di tepi jalan, orang yang pertama lalu melintasi kamu, kamu katakanlah: “Ini adalah Abu Zar”. Apabila beliau meninggal dunia, mereka pun melakukan sedemikian. Lalu datang penunggang, mereka tidak mengetahuinya hingga hampir-hampir tunggangan mereka memijak tempat pembaringan Abu Zar. Rupa-rupanya Ibn Mas’ud ada bersama rombongan daripada penduduk Kufah, rombongan itu pun berkata: “Apakah ini?”, lalu dikatakan: “Jenazah Abu Zar”, Ibn Mas’ud RA pun membuka sambil menangis, beliau pun berkata: “Benarlah Rasulullah SAW bersabda: “Semoga Allah merahmati Abu Zar! Beliau berjalan bersendirian, meninggal dunia bersendirian dan akan dibangkitkan bersendirian”. Lalu beliau pun turun, Ibn Mas’ud sendiri menguruskan Abu Zar hingga beliau mengebumikan Abu Zar. Apabila mereka tiba di Madinah, disebutkan kepada ‘Uthman kata-kata ‘Abdullah dan berkenaan beliau menguruskan jenazah tersebut.
[Riwayat Ibn Ishaq, Ibn Sa’d, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5531]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.