Semoga Allah merahmati Abu Zar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رحم الله أبا ذر؛ يمشي وحده، ويموت وحده، ويبعث وحده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati Abu Zar. Beliau berjalan seorang diri, meninggal seorang diri dan dibangkitkan seorang diri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1908 hadis nombor 9584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه- قال: لما سار رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إلى تبوك جعل لا يزال يتخلف الرجل فيقولون: يارسول الله! تخلف فلان – فيقول: دعوه؛ إن يكفيه خير؛ فسيلحقه الله بكم، وإن يك غير ذلك؛ فقد أراحكم الله منه. حتى قيل: يارسول الله! تخلف أبو ذر، وأبطأ به بعيره. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: دعوه إن يك فيه خير؛ فسيلحقه الله بكم، وإن يك غير ذلك؛ فقد أراحكم الله منه. فتلوم أبو ذر -رضي الله عنه- على بعيره، فلما أبطأ عليه؛ أخذ متاعه، فجعله على ظهره، فخرج يتبع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ماشيا، ونزل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في بعض منازله، ونظر ناظر من المسلمين فقال: يا رسول الله! هذا رجل يمشي على الطريق، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم: رحم الله أبا ذر؛ يمشي وحده ويموت وحده ويبعث وحده فضرب الدهر من ضربته، وسيّر أبو ذر إلى (الربذة)، فلما حضره الموت أوصى امرأته وغلامه: إذا مت فاغسلاني وكفناني ثم احملاني فضعاني على قارعة الطريق فأول ركب يمرون بكم فقولوا هذا أبو ذر فلما مات فعلوا به كذلك فاطلع ركب فما علموا به حتى كادت ركائبهم تطأ سريره، فإذا ابن مسعود في رهط من أهل الكوفة فقالوا ما هذا؟ فقيل: جنازة أبي ذر فاستهل ابن مسعود رضي الله عنه يبكي فقال: صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم: يرحم الله أبا ذر؛ يمشي وحده، ويموت وحده ويبعث وحده فنزل فوليه بنفسه حتى أجنه، فلما قدموا المدينة ذكر لعثمان قول عبد الله وما ولي.
[ابن إسحاق، ابن سعد، ك -السياق له-، ((الضعيفة)) (5531)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW berjalan ke Tabuk, seorang lelaki sentiasa tertinggal. Para Sahabat berkata: Wahai Rasulullah, fulan tertinggal di belakang. Rasulullah SAW bersabda: Tinggalkan dia. Jika dia ada kebaikan, maka Allah memberikannya kesempatan bersama kalian, jika tidak, maka Allah telah memberikan kerehatan kepada kalian daripada dia. Hingga dikatakan kepada Baginda: Wahai Rasulullah, Abu Zar tertinggal, unta dia menyebabkan dia terlambat. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Tinggalkan dia. Jika dia ada kebaikan, maka Allah memberikannya kesempatan bersama kalian, jika tidak, maka Allah telah memberikan kerehatan kepada kalian daripada dia. Lantas Abu Zar mencela untanya. Apabila untanya menyebabkan beliau lambat, beliau mengambil barang-barangnya dan letakkannya di atas belakang beliau. Beliau mula mengikut Rasulullah SAW dengan berjalan kaki. Dan ketika Rasulullah SAW singgah di satu kawasan, Seorang Muslim melihat (keadaan tersebut) lantas berkata: Wahai Rasulullah, Lelaki ini berjalan kaki. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Semoga Allah merahmati Abu Zar. Beliau berjalan seorang diri, mati seorang diri dan dibangkitkan seorang diri. Ketika beberapa waktu, Abu Zar pergi ke al-Rabzah. Apabila beliau sedang nazak, beliau memberikan wasiat kepada isteri dan hamba beliau: Apabila aku meninggal dunia, maka kalian berdua mesti mandikan aku, kafankan aku kemudian bawalah aku. Letakkan aku di jalan. Jika ada orang yang pertama yang melalui jalan tersebut, maka katakanlah kepadanya: Ini adalah Abu Zar. Apabila beliau meninggal dunia, mereka melakukan apa yang telah diwasiatkan. Orang yang melalui jalan tersebut, mereka tidak mengetahuinya sehingga hampir sahaja tunggangan mereka memijak tempat perbaringannya. Kebetulan, ada Ibn Mas’ud yang bersama rombongan daripada Kufah. Mereka berkata: Apakah ini? Lalu dijawab: Ini adalah jenazah Abu Zar. Lantas Ibn Mas’ud menjerit dan menangis. Benarlah sabda Rasulullah SAW: Semoga Allah merahmati Abu Zar. Beliau berjalan seorang diri, meninggal seorang diri dan dibangkitkan seorang diri. Ibn Mas’ud. Lalu beliau menahan dirinya sendiri sehingga beliau mengebumikannya. Apabila mereka sampai ke Madinah, mereka menyebut perkara tersebut kepada Uthman tentang ucapan Abdullah Bin Mas’ud dan apa yang beliau laksanakan.
[Riwayat Ibn Ishak, Ibn Ishak, al-Hakim dalam Mustadrak -dengan konteks ini-. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5531]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.