Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رحمَ اللهُ أبا ذرٍ؛ يمشي وحدَه، ويموتُ وحدَه، ويبعثُ وحدَه.
Teks Bahasa Melayu
Semoga Allah merahmati Abu Zar. Beliau berjalan seorang diri, meninggal seorang diri dan dibangkitkan seorang diri.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1908, hadis no. 9584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW berjalan ke Tabuk, seorang lelaki sentiasa tertinggal. Para Sahabat berkata: Wahai Rasulullah, fulan tertinggal di belakang. Rasulullah SAW bersabda: Tinggalkan dia. Jika dia ada kebaikan, maka Allah memberikannya kesempatan bersama kalian, jika tidak, maka Allah telah memberikan kerehatan kepada kalian daripada dia. Hingga dikatakan kepada Baginda: Wahai Rasulullah, Abu Zar tertinggal, unta dia menyebabkan dia terlambat. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Tinggalkan dia. Jika dia ada kebaikan, maka Allah memberikannya kesempatan bersama kalian, jika tidak, maka Allah telah memberikan kerehatan kepada kalian daripada dia. Lantas Abu Zar mencela untanya. Apabila untanya menyebabkan beliau lambat, beliau mengambil barang-barangnya dan letakkannya di atas belakang beliau. Beliau mula mengikut Rasulullah SAW dengan berjalan kaki. Dan ketika Rasulullah SAW singgah di satu kawasan, Seorang Muslim melihat (keadaan tersebut) lantas berkata: Wahai Rasulullah, Lelaki ini berjalan kaki. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Semoga Allah merahmati Abu Zar. Beliau berjalan seorang diri, mati seorang diri dan dibangkitkan seorang diri. Ketika beberapa waktu, Abu Zar pergi ke al-Rabzah. Apabila beliau sedang nazak, beliau memberikan wasiat kepada isteri dan hamba beliau: Apabila aku meninggal dunia, maka kalian berdua mesti mandikan aku, kafankan aku kemudian bawalah aku. Letakkan aku di jalan. Jika ada orang yang pertama yang melalui jalan tersebut, maka katakanlah kepadanya: Ini adalah Abu Zar. Apabila beliau meninggal dunia, mereka melakukan apa yang telah diwasiatkan. Orang yang melalui jalan tersebut, mereka tidak mengetahuinya sehingga hampir sahaja tunggangan mereka memijak tempat perbaringannya. Kebetulan, ada Ibn Mas’ud yang bersama rombongan daripada Kufah. Mereka berkata: Apakah ini? Lalu dijawab: Ini adalah jenazah Abu Zar. Lantas Ibn Mas’ud menjerit dan menangis. Benarlah sabda Rasulullah SAW: Semoga Allah merahmati Abu Zar. Beliau berjalan seorang diri, meninggal seorang diri dan dibangkitkan seorang diri. Ibn Mas’ud. Lalu beliau menahan dirinya sendiri sehingga beliau mengebumikannya. Apabila mereka sampai ke Madinah, mereka menyebut perkara tersebut kepada Uthman tentang ucapan Abdullah Bin Mas’ud dan apa yang beliau laksanakan. [Riwayat Ibn Ishak, Ibn Ishak, al-Hakim dalam Mustadrak -dengan konteks ini-. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5531]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman