Semoga Allah merahmati Abu Bakar yang mengahwinkan aku dengan anaknya

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله أبا بكر؛ زوجني ابنته، وحملني إلى دار الهجرة، وأعتق بلالا من ماله. رحم الله عمر؛ يقول الحق وإن كان مرا، تركه الحق وماله صديق. رحم الله عثمان؛ تستحييه الملائكة، رحم الله عليا، اللهم أدر الحق معه حيث دار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati Abu Bakar yang mengahwinkan aku dengan anaknya, dan membawa aku ke Madinah, dan membebaskan Bilal dengan hartanya sendiri. Semoga Allah rahmati Umar kerana berkata benar walaupun pahit, jika ia meninggalkan kebenaran maka tiadalah kawan baginya. Semoga Allah merahmati Uthman, malaikat malu dengannya, semoga Allah merahmati Ali, ya Allah, berikanlah dia mengenal kebenaran ke mana dia pergi.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1811, hadis nombor 9131. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعاً: رحم الله أبا بكر زوجني ابنته، وحملني إلى دار الهجرة، وأعتق بلالاً من ماله. رحم الله عمر؛ يقول الحق وإن كان مرّاً، تركه الحقُّ وما له صديق. رحم الله عثمان، تستحييه الملائكة، رحم الله علياً، اللهمّ أدر الحق معه حيث دار. [ت، عق، ك، ابن أبي عاصم، أبو نعيم في ((المعرفة))، ابن عبد البر، أبو يعلى الفراء في ((الخامس من الأمالي))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2094)]

(Sangat Lemah) Daripada Ali bin Abi Talib RA berkata, Nabi SAW bersabda: Semoga Allah merahmati Abu Bakar yang mengahwinkan aku dengan anaknya, dan membawa aku ke Madinah, dan membebaskan Bilal dengan hartanya sendiri. Semoga Allah rahmati Umar kerana berkata benar walaupun pahit, jika ia meninggalkan kebenaran maka tiadalah kawan baginya. Semoga Allah merahmati Uthman, malaikat malu dengannya, semoga Allah merahmati Ali, ya Allah, berikanlah dia mengenal kebenaran ke mana dia pergi. [Sunan Al-Tirmizi, al-’Uqayli dalam ((al-Dhu’afa’ al-Kabir,)) Mustadrak al-Hakim, Ibn Abi ‘Asim, Abu Nu’aim dalam ((al-Makrifat)), Ibn Abdul Bar, Abu Ya’la al-Furra’ dalam ((al-Khamis min al-Amali)), Ibn ‘Asakir, ((Silsilah al-Dhaifah)) (2094)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs