Semoga Allah merahmati Abdullah bin Rawahah

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله عبد الله بن رواحة. كان ينزل في السفر عند كل وقت صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati Abdullah bin Rawahah. Beliau berhenti pada setiap waktu solat setiap kali bermusafir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 993, hadis nombor 5116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سالم بن عبد الله، قال: قال رسول الله ﷺ: رحم الله عبد الله بن رواحة. كان ينزل في السفر عند كل وقت صلاة. [عبد الرزاق في الأمالي، الضعيفة (3635)].

(Lemah) Daripada Salim bin Abdullah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Semoga Allah merahmati Abdullah bin Rawahah. Beliau berhenti pada setiap waktu solat setiap kali bermusafir. [Riwayat Abdul Razzaq dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3635]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.