Daif

30/06/2024

minit bacaan



Semoga Allah merahmati ‘Abdullah bin Rawahah

Teks Bahasa Arab

رَحِمَ اللهُ عَبْدَ اللهِ بنَ رَوَاحةَ. كان يَنْزِلُ في السَّفَرِ عندَ كلِّ وَقْتِ صلاةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Semoga Allah merahmati ‘Abdullah bin Rawahah; Beliau berhenti seketika (di suatu tempat) semasa bermusafir pada setiap kali masuknya waktu solat.

Sahabat Perawi

  1. Salim bin ‘Abdillah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 281, hadis no. 1459. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سالم بن عبدالله، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((رحم الله عبد الله بن رواحة. كان ينزل في السفر عند كل وقت صلاة)). [عبدارزاق في ((الأمالي))، ابن أبي الدنيا في ((التهجد))، طب، ((الضعيفة)) (3635)]

(Daif) Daripada Salim bin ‘Abdillah beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Semoga Allah merahmati ‘Abdullah bin Rawahah; Beliau berhenti seketika (di suatu tempat) semasa bermusafir pada setiap kali masuknya waktu solat. [Riwayat ‘Abd al-Razzaq dalam al-Amali, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Tahajjud dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3635]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.