Semoga Allah menjauhkannya dari rahmat

TEKS BAHASA ARAB

أبعده الله إنه كان يبغض قريشاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah menjauhkannya dari rahmat. Sesungguhnya lelaki itu membenci kaum Quraisy.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1099, hadis nombor 5572. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه قال: قيل للنبي صلى الله عليه وسلم: إن فلانا الثقفي قتل وكان قد أسلم فقال: أبعده الله إنه كان يبغض قريشًا. [البزار، ش، ابن أبي عاصم، الضعيفة (6785)].

(Lemah) Daripada Sa‘ad bin Abu Waqqas RA, beliau berkata: Nabi SAW dimaklumkan bahawa ada seorang lelaki daripada Bani Thaqif telah dibunuh dan dia telah memeluk Islam. Baginda SAW lalu menjawab: Semoga Allah menjauhkannya dari rahmat. Sesungguhnya lelaki itu membenci kaum Quraisy. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musannafnya, riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6785]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs