Semoga Allah menjauhkan rahmat daripadanya

TEKS BAHASA ARAB

أبعده الله، إنه كان يبغض قريشا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah menjauhkan rahmat daripadanya. Dia adalah seorang yang sangat membenci Quraisy.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1946, hadis nombor 9750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سعد بن أبي وقاص قال: إن رجلاً قتل، فقيل للنبي صلى الله عليه وسلم، فقال: أبعده الله، إنه كان يبغض قريشاً.
[البزار، ش، ابن أبي عاصم، ((الضعيفة)) (6785)]

(Lemah)
Daripada Sa’ad Bin Abu Waqqas, beliau berkata: Seorang lelaki dibunuh. Lalu Rasulullah ditanya berkenaannya. Baginda menjawab: Semoga Allah menjauhkan rahmat daripadanya. Dia adalah seorang yang sangat membenci Quraisy.
[Riwayat al-Bazzar, Abu Syaibah dalam Musannaf dan Ibn ‘Asim dalam Sunnah. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6785]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs