Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Semoga Allah mengampuni Zaid bin ‘Amru dan merahmatinya

Teks Bahasa Arab

غفرَ اللهُ لزَيدِ بنِ عمرٍو ورحمَهُ، فإنَّهُ ماتَ علَى دينِ إبراهيمَ.

Teks Bahasa Melayu

Semoga Allah mengampuni Zaid bin ‘Amru dan merahmatinya. Sesungguhnya beliau mati di atas agama Ibrahim.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1813, hadis no. 9138. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سعيد بن المسيب أنه ذكر زيد بن عمرو بن نفيل، فقال توفي وقريش تبني الكعبة قبل أن ينزل الوحي على رسول الله ﷺ بخمس سنين، ولقد نزل به وإنه ليقول: أنا على دين إبراهيم، فأسلم ابنه سعيد بن زيد أبو الأعور، واتبع رسول الله ﷺ، وأتى عمر بن الخطاب وسعيد بن زيد رسول الله ﷺ فسألاه عن زيد ابن عمرو، فقال رسول الله ﷺ: غفر الله لزيد بن عمرو ورحمه، فإنّه مات على دين إبراهيم. قال: فكان المسلمون بعد ذلك اليوم لا يذكره ذاكر منهم إلا ترحّم واستغفر له. ثم يقول سعيد بن المسيب: رحمه الله وغفر له. [ابن سعد، ((الضعيفة)) (2142)]

(Palsu) Daripada Sa’id bin al-Musayyib, beliau menceritakan tentang Zaid bin Amru bin Nufail. Kemudian beliau berkata: Zaid bin ‘Amru wafat ketika mana Quraisy masih membina Kaabah, lima tahun sebelum turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW. Tatkala wahyu turun, Zaid bin ‘Amru berkata: Aku berada di atas agama Ibrahim. Kemudian anaknya Said bin Zaid Abu Al-A’war memeluk Islam dan mengikuti Rasulullah SAW. Umar bin al-Khattab dan Sa’id bin Zaid datang pada Rasulullah SAW lalu mereka bertanya tentang Zaid bin ‘Amru lalu baginda bersabda: Semoga Allah mengampuni Zaid bin ‘Amru dan merahmatinya, sesungguhnya beliau mati di atas agama Ibrahim. Said bin al-Musayyib berkata: Sejak hari itu umat Islam tidaklah menyebut nama Zaid bin ‘Amru kecuali mendoakan rahmat dan keampunan untuknya. Kemudian Sa’id bin Musayyib mengatakan: Semoga Allah merahmati dan mengampuni Zaid bin ‘Amru. [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2142]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.