Semoga Allah memberikan ganjaran yang baik untuk sang ibu dan anak tiri.

TEKS BAHASA ARAB

جزاك الله من أم وربيبة خيرا فنعم الأم ونعم الربيبة كنت لي. يعني: فاطمة بنت أسد أم علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah memberikan ganjaran yang baik untuk sang ibu dan anak tiri. Engkau ialah ibu yang terbaik dan anak tiri yang terbaik buatku. Iaitu Fatimah binti Asad, ibu Ali.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1061, hadis nombor 5422. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما، قال: بينما نحن جلوس مع رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ أتى آت فقال: يا رسول الله إن أم علي وجعفر وعقيل قد ماتت، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : قوموا بنا إلى أمي. فقمنا وكأن على رؤوس من معه الطير. فلما انتهينا إلى الباب نزع قميصه. فقال: إذا غسلتموها فأشعروها إياه تحت أكفانها. فلما خرجوا بها. جعل رسول الله صلى الله عليه وسلم مرة يحمل ومرة يتقدم ومرة يتأخر حتى انتهينا إلى القبر فتمعك في اللحد ثم خرج فقال: أدخلوها باسم الله وعلى اسم الله. فلما أن دفنوها قام قائمًا فقال: جزاك الله من أم وربيبة خيرًا فنعم الأم ونعم الربيبة كنت لي. يعني: فاطمة بنت أسد أم علي. قال: فقلنا له أو قيل له : يا رسول الله لقد صنعت شيئين ما رأيناك صنعت مثلهما قط؟ قال: ما هو؟ قلنا: نزعك قميصك، وتمعكك في اللحد؟ قال: أما قميصي فأردت أن لا تمسها النار أبدًا إن شاء الله. وأما تمعكي في اللحد. فأردت أن يوسع الله عليها قبرها. [ابن شبة، الضعيفة (5493)]

(Sangat lemah) Daripada Jabir bin ‘Abdullah ra, beliau menceritakan: Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, seseorang datang, lalu memberitahu: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu ‘Ali, Ja‘far dan ‘Aqil telah meninggal dunia. Baginda seraya berkata: Ayuh semua, kita pergi melihat ibu saya. Maka kami pun bergerak pergi, seolah-olah ada burung bertenggek di kepala-kepala orang yang bersama Baginda. Apabila kami sampai ke muka pintu, Baginda menanggalkan baju dalamnya, lalu berkata: Apabila kalian sudah memandikannya, pakaikan si mati dengan bajuku ini di bawah kafannya. Apabila urusan pengurusan jenazah selesai, Baginda kadangkala turut mengangkat keranda, kadangkala Baginda melambat ke belakang, kadangkala Baginda maju ke hadapan. Apabila kami sampai ke kubur, Baginda baring terlebih dahulu dalam kubur. Kemudian Baginda keluar, lalu memberi arahan: Masukkannya dengan nama Allah, atas nama Allah. Setelah beliau selamat dikebumikan, Baginda berdiri dan berkata, Semoga Allah memberikan ganjaran yang baik untuk sang ibu dan anak tiri. Engkau adalah ibu yang terbaik, dan anak tiri yang terbaik buatku. Kami atau seseorang yang lain bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah, kami lihat kamu melakukan dua perkara yang kami tidak pernah lihat kamu lakukan sebelum ini. Baginda bertanya: Apakah itu? Kami menjawab: Kamu menanggalkan pakaianmu, dan kamu berbaring dalam lubang kubur. Baginda menjelaskan: Berkenaan dengan bajuku, saya lakukan demikian supaya beliau tidak disentuh api neraka selama-lamanya, insya-Allah. Berkenaan baringnya saya dalam kubur pula, saya berharap agar Allah melapangkan kuburnya.  [Riwayat Ibn Shabbah dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha’ifah (5493)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs