Dusta lagi palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جزاكِ اللهُ – يا عائشةُ – خيرًا، ما سُرِرْتِ مني كسروري منكِ.
Teks Bahasa Melayu
Semoga Allah membalas kebaikan padamu, wahai 'Aishah! Tidaklah kegembiraanmu terhadapku sama seperti kegembiraanku terhadapmu.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Dusta lagi palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1474, hadis no. 7514. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Dusta Lagi Palsu) Daripada 'Aishah RA, katanya: Pernah aku sedang duduk memintal, ketika itu Nabi SAW sedang membaiki selipar Baginda, tiba-tiba dahi Baginda berpeluh, peluh itu pun mengeluarkan cahaya menyebabkan aku menjadi pucat, lalu Rasulullah SAW pun melihat kepadaku, Baginda bersabda: "Mengapa kamu pucat, wahai 'Aishah?", aku menjawab: "Dahi kamu berpeluh dan peluh kamu mengeluarkan cahaya. Kalaulah Abu Kabir al-Huzali melihatmu, pasti dia mengetahui bahawa kamulah yang berhak terhadap syairnya", Baginda bertanya: "Apakah yang Abu Kabir katakan?", 'Aishah menjawab: "Aku berkata: Abu Kabir berkata: "Dan terlepas daripada setiap kotoran wanita haid, kerosakan wanita yang menyusu, penyakit wanita menyusu yang sedang hamil. Apabila engkau memandang ke garis-garis pada wajahnya, nescaya ia bersinar seperti awan yang dipenuhi kilat (petir)". 'Aishah berkata: Nabi SAW pun berdiri dan Baginda mengucup antara dua mataku seraya bersabda: "Semoga Allah membalas kebaikan padamu, wahai 'Aishah! Tidaklah kegembiraanmu terhadapku sama seperti kegembiraanku terhadapmu". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Mizzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4144]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman