Semoga Allah melaknat bintang Suhail (Canopos) kerana dia seorang pengutip cukai

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا رأى سهيلا، قال: ((لعن الله سهيلا؛ فإنه كان عشارا فمسخ)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW apabila melihat Suhail, Baginda bersabda: Semoga Allah melaknat bintang Suhail (Canopos) kerana dia seorang pengutip cukai lalu diubah kejadiannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1479, hadis nombor 7547. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – إذا رأى سهيلا، قال: ((لعن الله سهيلا؛ فإنه كان عشارا فمسخ)). [ ابن السني، ((الضعيفة)) (4196)]

(Palsu)
Daripada ‘Ali RA, katanya: Baginda SAW apabila melihat Suhail, Baginda bersabda: Semoga Allah melaknat bintang Suhail (Canopos) kerana dia seorang pengutip cukai lalu diubah kejadiannya.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4196]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.