TEKS BAHASA ARAB
جعل الله التقوى زادك، وغفر ذنبك، ووجهك للخير حيث ما تكون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Semoga Allah jadikan taqwa sebagai bekalanmu, semoga Dia mengampuni dosamu dan semoga Dia palingkan wajahmu ke arah kebaikan di mana sahaja kamu berada.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1457, hadis nombor 7411. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن قتادة، قال: لما عقد لي رسول الله ﷺ على قومي أخذت بيده فودعته، فقال لي رسول الله ﷺ: ((جعل الله التقوى زادك، وغفر ذنبك، ووجهك للخير حيث ما تكون)). [تخ، البزار، المحاملي في ((الدعاء))، البغوي، ((الضعيفة)) (3463)]
(Lemah)
Daripada Qatadah, katanya: Ketika Rasulullah SAW mengikat janji untukku (mempertanggungjawabkanku) terhadap kaumku, aku memegang tangan Baginda lalu aku pun mengucapkan selamat tinggal kepada Baginda, setelah itu Rasulullah SAW bersabda kepadaku: Semoga Allah jadikan taqwa sebagai bekalanmu, semoga Dia mengampuni dosamu dan semoga Dia palingkan wajahmu ke arah kebaikan di mana sahaja kamu berada.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Bazzar, al-Mahamili dalam al-Du'a, dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3463]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.