Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جعل اللهُ التَّقوى زادَك، وغفر ذنبَكَ، ووجَّهكَ للْخيرِ حيثُ ما تكونُ.
Teks Bahasa Melayu
Semoga Allah jadikan taqwa sebagai bekalanmu, semoga Dia mengampuni dosamu dan semoga Dia palingkan wajahmu ke arah kebaikan di mana sahaja kamu berada.
Sahabat Perawi
- Qatadah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1457, hadis no. 7411. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن قتادة، قال: لما عقد لي رسول الله ﷺ على قومي أخذت بيده فودعته، فقال لي رسول الله ﷺ: ((جعل الله التقوى زادك، وغفر ذنبك، ووجهك للخير حيث ما تكون)). [تخ، البزار، المحاملي في ((الدعاء))، البغوي، ((الضعيفة)) (3463)]
(Lemah) Daripada Qatadah, katanya: Ketika Rasulullah SAW mengikat janji untukku (mempertanggungjawabkanku) terhadap kaumku, aku memegang tangan Baginda lalu aku pun mengucapkan selamat tinggal kepada Baginda, setelah itu Rasulullah SAW bersabda kepadaku: Semoga Allah jadikan taqwa sebagai bekalanmu, semoga Dia mengampuni dosamu dan semoga Dia palingkan wajahmu ke arah kebaikan di mana sahaja kamu berada. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Bazzar, al-Mahamili dalam al-Du'a, dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3463]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman