Sembunyikanlah pertunangan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اكتم الخطبة ثم توضأ فأحسن الوضوء، ثم صل ما كتب الله لك، ثم احمد ربك وجده ثم قل: اللهم إنك تقدر ولا أقدر، وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب، فإن رأيت لي في فلانة – سمها باسمها – خيرا في دنياي وآخرتي فاقض لي بها، أو قال: فاقدرها لي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sembunyikanlah pertunangan, kemudian berwuduklah dengan wuduk yang baik, dan seterusnya laksanakanlah solat seperti yang Allah perintahkan kepadamu. Kemudian pujilah Tuhanmu dan agungkanlah-Nya, lalu ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tiada kuasa. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu dan Engkau mengetahui perkara ghaib. Sekiranya Engkau melihat si fulanah –sebutkan nama wanita itu- baik bagiku di dunia dan akhiratku, maka Kau tetapkanlah aku dengannya, atau dia berkata: Kau takdirkanlah dia buatku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 265, hadis nombor 1380. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أيوب الأنصاري – رضي الله عنه – مرفوعا: ((اكتم الخطبة ثم توضأ فأحسن الوضوء، ثم صل ما كتب الله لك، ثم احمد ربك وجده ثم قل: اللهم إنك تقدر ولا أقدر، وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب، فإن رأيت لي في فلانة – سمها باسمها – خيرا في دنياي وآخرتي فاقض لي بها، أو قال: فاقدرها لي)). [حم، ابن خذيمة، حب، ك، هب، ابن عساكر، طب، ((الضعيفة)) (2875)]

(Lemah)
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sembunyikanlah pertunangan, kemudian berwuduklah dengan wuduk yang baik, dan seterusnya laksanakanlah solat seperti yang Allah perintahkan kepadamu. Kemudian pujilah Tuhanmu dan agungkanlah-Nya, lalu ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tiada kuasa. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu dan Engkau mengetahui perkara ghaib. Sekiranya Engkau melihat si fulanah –sebutkan nama wanita itu- baik bagiku di dunia dan akhiratku, maka Kau tetapkanlah aku dengannya, atau dia berkata: Kau takdirkanlah dia buatku.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban dalam Sahih beliau, al-Hakim dalam Mustadrak beliau, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra, Ibn ‘Asakir dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2875]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.