Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اكتُمِ الخِطبَةَ ثُمَّ تَوضَّأْ فأَحسِنِ الوُضوءَ، ثُمَّ صلِّ ما كَتَبَ اللهُ لكَ، ثُمَّ احمَدْ ربَّك ومَجِّدْه، ثُمَّ قُلِ: اللَّهمَّ إنَّك تَقدِرُ وَلا أَقدِرُ، وتَعلَمُ وَلا أَعلَمُ وأنتَ عَلَّامُ الغُيوبِ، فإنْ رَأيتَ لي في فُلانةَ- سَمِّها باسْمِها- خيرًا في دُنياي وَآخِرتي فاقْضِ لي بِها، أو قال: فاقدُرْها لي.
Teks Bahasa Melayu
Sembunyikanlah pertunangan, kemudian berwuduklah dengan wuduk yang baik, dan seterusnya laksanakanlah solat seperti yang Allah perintahkan kepadamu. Kemudian pujilah Tuhanmu dan agungkanlah-Nya, lalu ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tiada kuasa. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu dan Engkau mengetahui perkara ghaib. Sekiranya Engkau melihat si fulanah –sebutkan nama wanita itu- baik bagiku di dunia dan akhiratku, maka Kau tetapkanlah aku dengannya, atau dia berkata: Kau takdirkanlah dia buatku.
Sahabat Perawi
- Abu Ayyub al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 265, hadis no. 1380. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أيوب الأنصاري - رضي الله عنه - مرفوعا: ((اكتم الخطبة ثم توضأ فأحسن الوضوء، ثم صل ما كتب الله لك، ثم احمد ربك وجده ثم قل: اللهم إنك تقدر ولا أقدر، وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب، فإن رأيت لي في فلانة - سمها باسمها - خيرا في دنياي وآخرتي فاقض لي بها، أو قال: فاقدرها لي)). [حم، ابن خذيمة، حب، ك، هب، ابن عساكر، طب، ((الضعيفة)) (2875)]
(Daif) Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sembunyikanlah pertunangan, kemudian berwuduklah dengan wuduk yang baik, dan seterusnya laksanakanlah solat seperti yang Allah perintahkan kepadamu. Kemudian pujilah Tuhanmu dan agungkanlah-Nya, lalu ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tiada kuasa. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu dan Engkau mengetahui perkara ghaib. Sekiranya Engkau melihat si fulanah –sebutkan nama wanita itu- baik bagiku di dunia dan akhiratku, maka Kau tetapkanlah aku dengannya, atau dia berkata: Kau takdirkanlah dia buatku. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban dalam Sahih beliau, al-Hakim dalam Mustadrak beliau, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra, Ibn ‘Asakir dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2875]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman