Sembilan malaikat telah dilantik untuk matahari,

TEKS BAHASA ARAB

وُكِّلَ بالشمس تسعة أملاك يرمونها بالثلج كل يوم، لولا ذلك ما أتت على شيء إلا أحرقته


TEKS BAHASA MALAYSIA

Sembilan malaikat telah dilantik untuk matahari, mereka membaling kepadanya salji pada setiap hari. Kalau bukan kerana perkara tersebut, tidak ada yang ia datang (yakni cahayanya) kepada sesuatu melainkan ia akan membakarnya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1659, hadis nombor 8377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Hadis ini:

Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, al-Tabarani dalam al-Kabir, Ibn Al-Jawzi dalam Al-Wahiyat, Abu Hafs Al-Kinani dalam al-Amali, Abu Muhammad al-Siraj al-Qari dalam al-Fawaid al-Muntakhabah, Abu Amr al-Samarqandi dalam al-Fawaid al-Muntaqa, dan al-Khatib dalam al-Muwaddih.

Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs