Sembelihan-sembelihan adalah sehingga ke bulan Muharram, bagi sesiapa yang mahu menangguhkannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الضحايا إلى هلال المحرم، لمن أراد أن يستأني ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sembelihan-sembelihan adalah sehingga ke bulan Muharram, bagi sesiapa yang mahu menangguhkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 743, hadis nombor 3804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أبي سلمة وسليمان بن يسار – رضي الله عنهما – أنه بلغهما أن رسول الله ﷺ قال: «الضحايا إلى هلال المحرم، لمن أراد أن يستأني ذلك».
[هق، أبو داود في «المراسيل»، «الضعيفة» (4106)]

(Lemah)
Daripada Abu Salamah dan Sulaiman bin Yasar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sembelihan-sembelihan adalah sehingga ke bulan Muharram, bagi sesiapa yang mahu menangguhkannya.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Abu Daud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4106]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.