Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الضَّحَايَا إلى هِلَالِ المُحَرَّمِ، لِمَن أراد أن يَسْتَأْنِيَ ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Sembelihan-sembelihan adalah sehingga ke bulan Muharram, bagi sesiapa yang mahu menangguhkannya.
Sahabat Perawi
- Abu Salamah dan Sulaiman bin Yasar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 743, hadis no. 3804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن أبي سلمة وسليمان بن يسار - رضي الله عنهما - أنه بلغهما أن رسول الله ﷺ قال: «الضحايا إلى هلال المحرم، لمن أراد أن يستأني ذلك». [هق، أبو داود في «المراسيل»، «الضعيفة» (4106)]
(Daif) Daripada Abu Salamah dan Sulaiman bin Yasar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sembelihan-sembelihan adalah sehingga ke bulan Muharram, bagi sesiapa yang mahu menangguhkannya. [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Abu Daud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4106]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman