Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الضَّحايا إلى هلالِ المُحرَّمِ، لمَن أرادَ أن يستأنِيَ ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Sembelihan itu adalah (dibenarkan) sehingga anak bulan Muharam (tiba), bagi sesiapa yang ingin melewatkan perkara itu.
Sahabat Perawi
- Abu Salamah RA
- Sulaiman bin Yasar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 405, hadis no. 2172. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Salamah dan Sulaiman bin Yasar, bahawa telah sampai kepada mereka bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Sembelihan itu adalah (dibenarkan) sehingga anak bulan Muharam (tiba), bagi sesiapa yang ingin melewatkan perkara itu". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Sunannya dan Abu Daud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4106].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman