Sembahlah Allah janganlah menyekutukan-Nya dengan apapun

TEKS BAHASA ARAB

اعبد الله لا تشرك به شيئا، وزل مع الحق حيث زال واقبل الحق ممن جاء به صغير أو كبير، وإن كان بغيضا بعيدا، واردد الباطل ممن جاء به من صغير أو كبير، وإن كان حبيبا قريبا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sembahlah Allah janganlah menyekutukan-Nya dengan apapun, pilihlah kebenaran tatkala ia lenyap, terimalah kebenaran daripada sesiapa yang membawanya sama ada kanak-kanak ataupun dewasa, meskipun dia sangat dibenci dan jauh dan tolaklah kebatilan daripada siapa yang membawanya sama ada kanak-kanak ataupun dewasa, meskipun dia disayangi dan akrab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 463, hadis nombor 2488. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قلت: يا رسول الله علمني جوامع موانع، فقال: «اعبد الله لا تشرك به شيئا، وزل مع الحق حيث زال، واقبل الحق ممن جاء به صغير أو كبير، وإن كان بغيضا بعيدا، واردد الباطل ممن جاء به من صغير أو كبير، وإن كان حبيبا قريبا». [فر، «الضعيفة» (2815)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas‘ūd RA, beliau berkata: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, ajarkanku nasihat yang menghimpun dan menegah (lengkap).” Maka baginda bersabda: “Sembahlah Allah janganlah menyekutukan-Nya dengan apapun, pilihlah kebenaran tatkala ia lenyap, terimalah kebenaran daripada sesiapa yang membawanya sama ada kanak-kanak ataupun dewasa, meskipun dia sangat dibenci dan jauh dan tolaklah kebatilan daripada siapa yang membawanya sama ada kanak-kanak ataupun dewasa, meskipun dia disayangi dan akrab”. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2815].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs