Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sembahlah Allah dan jangan engkau mensyirikkan Dia dengan sesuatu pun

Teks Bahasa Arab

اعبُدِ اللَّهَ لا تشرِكْ بهِ شيئًا، وزُلْ معَ الحقِّ حيثُ زالَ، واقبلِ الحقَّ مِمَّن جاء بهِ صغيرٌ أو كبيرٌ، وإن كانَ بغيضًا بعيدًا، واردُدِ الباطلَ مِمَّن جاءَ بهِ صغيرٌ أو كبيرٌ، وإن كانَ حبيبًا قريبًا.

Teks Bahasa Melayu

Sembahlah Allah dan jangan engkau mensyirikkan Dia dengan sesuatu pun, tetaplah bersama kebenaran di mana pun ia berada, terimalah kebenaran daripada siapa pun yang membawanya sama ada orang muda ataupun orang yang lebih berusia, walau ia daripada orang yang dibenci lagi jauh. Tolaklah kebatilan daripada siapa pun yang membawanya sama ada orang muda ataupun orang yang lebih berusia, walau ia daripada orang yang disayangi lagi dekat.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 832, hadis no. 4271. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قلت: يا رسول الله! علمني كلمات جوامع وموانع، فقال: ((اعبد الله لا تشرك به شيئا، وزل مع الحق حيث زال، واقبل الحق ممن جاء به صغير أو كبير، وإن كان بغيضا بعيدا، واردد الباطل ممن جاء به صغير أو كبير، وإن كان حبيبا قريبا)). [فر، ((الضعيفة)) (2815)]

(Palsu) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ūd RA berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan kepada aku beberapa perkataan yang lengkap dan sempurna, dan lalu baginda bersabda: Sembahlah Allah dan jangan engkau mensyirikkan Dia dengan sesuatu pun, tetaplah bersama kebenaran di mana pun ia berada, terimalah kebenaran daripada siapa pun yang membawanya sama ada orang muda ataupun orang yang lebih berusia, walau ia daripada orang yang dibenci lagi jauh. Tolaklah kebatilan daripada siapa pun yang membawanya sama ada orang muda ataupun orang yang lebih berusia, walau ia daripada orang yang disayangi lagi dekat. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2815]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.