Semasa kami duduk bersama Rasulullah SAW, datang seseorang

TEKS BAHASA ARAB

بينما نحن جلوس مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ إذ أتى آت، فقال: يا رسول الله! إن أم علي وجعفر وعقيل قد ماتت، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((قوموا بنا إلى أمي)). فقمنا وكأن على رؤوس من معه الطير. فلما انتهينا إلى الباب؛ نزع قميصه، فقال: ((إذا غسلتموها فأشعروها إياه تحت أكفانها)). فلما خرجوا بها؛ جعل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – مرة يحمل، ومرة يتقدم، ومرة يتأخر، حتى انتهينا إلى القبر، فتمعك في اللحد، ثم خرج، فقال: ((أدخلوها باسم الله، وعلى اسم الله)). فلما أن دفنوها قام قائما، فقال: ((جزاك الله من أم وربيبة خيرا؛ فنعم الأم، ونعم الربيبة كنت لي)). قال: فقلنا له – أو قيل له -: يا رسول الله! لقد صنعت شيئين ما رأيناك صنعت مثلهما قط؟! قال: ((ما هو؟)). قلنا: نزعك قميصك، وتمعكك في اللحد؟! قال: ((أما قميصي؛ فأردت أن لا تمسها النار أبدا إن شاء الله. وأما تمعكي في اللحد؛ فأردت أن يوسع الله عليها قبرها)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semasa kami duduk bersama Rasulullah SAW, datang seseorang dan dia pun berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibu ‘Ali, Ja’far dan ‘Aqil telah mati." Baginda pun bersabda: "Bangunlah (untuk menunaikan solat jenazah) untuk ibuku." Kami pun berdiri dan seolah-olah ada burung bertenggek di atas kepala orang bersama baginda. Tatkala kami sampai ke pintu, baginda pun menanggalkan bajunya. Baginda pun bersabda: "Jika kalian memandikan jenazahnya, letakkanlah baju ini di bawah kain kapannya." Ketika kami keluar dengan jenazah tersebut, kadangkala Rasulullah SAW turut mengusung, kadangkala baginda ke depan, kadangkala baginda ke belakang, sehinggalah kami tiba di kubur. Maka baginda pun bergolek di dalam liang lahad, kemudian baginda pun keluar lalu menyebut: "Masukkanlah ia dengan nama Allah dan hanya kepada Allah." Tatkala kami kebumikannya, baginda pun berdiri lalu berkata: "Semoga Allah membalas kebaikan buat ibu dan penjagaku, sebaik-baik ibu dan sebaik-baik penjaga buatku." Perawi berkata -Kami berkata kepada baginda- atau dikatakan kepada baginda: "Wahai Rasulullah! Engkau telah lakukan dua perkara yang kami tak pernah nampak engkau lakukan sedemikian." Baginda pun bertanya: "Apakah ia?" Kami menjawab: "Engkau menanggalkan bajumu dan bergolek di dalam liang lahad." Baginda pun bersabda: "Adapun bajuku, aku ingin agar api neraka tidak akan menyentuh jenazahnya buat selamanya insya-Allah. Adapun perbuatanku bergolek di dalam liang lahad, aku ingin agar Allah melapangkan kubur buatnya."

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1893, hadis nombor 9526. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما -، قال: بينما نحن جلوس مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ إذ أتى آت، فقال: يا رسول الله! إن أم علي وجعفر وعقيل قد ماتت، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((قوموا بنا إلى أمي)). فقمنا وكأن على رؤوس من معه الطير. فلما انتهينا إلى الباب؛ نزع قميصه، فقال: ((إذا غسلتموها فأشعروها إياه تحت أكفانها)). فلما خرجوا بها؛ جعل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – مرة يحمل، ومرة يتقدم، ومرة يتأخر، حتى انتهينا إلى القبر، فتمعك في اللحد، ثم خرج، فقال: ((أدخلوها باسم الله، وعلى اسم الله)). فلما أن دفنوها قام قائما، فقال: ((جزاك الله من أم وربيبة خيرا؛ فنعم الأم، ونعم الربيبة كنت لي)). قال: فقلنا له – أو قيل له -: يا رسول الله! لقد صنعت شيئين ما رأيناك صنعت مثلهما قط؟! قال: ((ما هو؟)). قلنا: نزعك قميصك، وتمعكك في اللحد؟! قال: ((أما قميصي؛ فأردت أن لا تمسها النار أبدا إن شاء الله. وأما تمعكي في اللحد؛ فأردت أن يوسع الله عليها قبرها)). [ابن شبة، ((الضعيفة))(5493)].

(Sangat Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Semasa kami duduk bersama Rasulullah SAW, datang seseorang dan dia pun berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibu ‘Ali, Ja’far dan ‘Aqil telah mati." Baginda pun bersabda: "Bangunlah (untuk menunaikan solat jenazah) untuk ibuku." Kami pun berdiri dan seolah-olah ada burung bertenggek di atas kepala orang bersama baginda. Tatkala kami sampai ke pintu, baginda pun menanggalkan bajunya. Baginda pun bersabda: "Jika kalian memandikan jenazahnya, letakkanlah baju ini di bawah kain kapannya." Ketika kami keluar dengan jenazah tersebut, kadangkala Rasulullah SAW turut mengusung, kadangkala baginda ke depan, kadangkala baginda ke belakang, sehinggalah kami tiba di kubur. Maka baginda pun bergolek di dalam liang lahad, kemudian baginda pun keluar lalu menyebut: "Masukkanlah ia dengan nama Allah dan hanya kepada Allah." Tatkala kami kebumikannya, baginda pun berdiri lalu berkata: "Semoga Allah membalas kebaikan buat ibu dan penjagaku, sebaik-baik ibu dan sebaik-baik penjaga buatku." Perawi berkata -Kami berkata kepada baginda- atau dikatakan kepada baginda: "Wahai Rasulullah! Engkau telah lakukan dua perkara yang kami tak pernah nampak engkau lakukan sedemikian." Baginda pun bertanya: "Apakah ia?" Kami menjawab: "Engkau menanggalkan bajumu dan bergolek di dalam liang lahad." Baginda pun bersabda: "Adapun bajuku, aku ingin agar api neraka tidak akan menyentuh jenazahnya buat selamanya insya-Allah. Adapun perbuatanku bergolek di dalam liang lahad, aku ingin agar Allah melapangkan kubur buatnya." [Riwayat Ibnu Syabbah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5493]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs