Semasa berlakunya hari kiamat, dia masih lagi hidup tidak mati

TEKS BAHASA ARAB

الشقي كل الشقي: من أدركته الساعة حياً لم يمت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Celaka bagi semua yang celaka: Sesiapa yang semasa berlakunya hari kiamat, dia masih lagi hidup tidak mati.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1335, hadis nombor 6819. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبدالله بن جراد رضي الله عنه مرفوعا: الشقي كل الشقي: من أدركته الساعة حيا لم يمت.
[القضاعي، ((الضعيفة)) (3760)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin Jarrad RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Celaka bagi semua yang celaka: Sesiapa yang semasa berlakunya hari kiamat, dia masih lagi hidup tidak mati.
[Riwayat al-Qudha'ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3760]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.