Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الشَّقيُّ كلُّ الشَّقيِّ: مَن أدرَكتْهُ السَّاعةُ حيًّا لم يَمُتْ.
Teks Bahasa Melayu
Celaka bagi semua yang celaka: Sesiapa yang semasa berlakunya hari kiamat, dia masih lagi hidup tidak mati.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Jarrad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1335, hadis no. 6819. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن جراد رضي الله عنه مرفوعا: الشقي كل الشقي: من أدركته الساعة حيا لم يمت. [القضاعي، ((الضعيفة)) (3760)]
(Palsu) Daripada 'Abdullah bin Jarrad RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Celaka bagi semua yang celaka: Sesiapa yang semasa berlakunya hari kiamat, dia masih lagi hidup tidak mati. [Riwayat al-Qudha'ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3760]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman