TEKS BAHASA ARAB
بينما أنا مع النبي في ظل بالمدينة، وهو يطلب عليا -رضي الله عنه-، إذ أتينا إلى حائط فنظرنا فيه، فنظر إلى علي وهو نائم في الأرض وقد اغبر فقال: «لا ألوم الناس، يکنوك أبا تراب» فلقد رأيت عليا تغير وجهه، واشتد ذلك عليه، فقال: «ألا أرضيك يا علي؟» قال: بلى يا رسول الله، قال: «أنت أخي ووزیري؛ تقضي دیني، وتنجز موعدي، وتبرئ ذمتي. فمن أحبك في حياة مني، فقد قضى نحبه. ومن أحبك في حياة منك بعدي؛ ختم الله له بالأمن والإيمان. ومن أحبك بعدي ولم يرك؛ ختم الله له بالأمن والإيمان، وأمنه يوم الفزع الأكبر. ومن مات وهو يبغضك يا علي؛ مات ميتة جاهلية، يحاسبه الله بما عمل في الإسلام».
TEKS BAHASA MALAYSIA
Semasa aku dan Rasulullah SAW bersama di bawah teduhan di Madinah, baginda mencari ‘Ali RA, (kemudian) kami menjumpai sebuah kebun dan melihat kepadanya, lantas kami telah melihat ‘Ali sedang tidur di atas tanah, dan badannya dipenuhi habuk, dan baginda berkata: “Aku tidak akan menyalahkan manusia yang lain memanggilmu Abu Turab (bapa pasir)”, maka aku melihat wajah ‘Ali berubah dan dia merasa susah ketika mendengarnya. Baginda berkata: “Tidakkah kamu mahu aku memberikan kamu suka wahai ‘Ali?”. ‘Ali menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah”. Kamu saudaraku dan pembantuku; melunaskan hutangku, kamu memenuhi janji temuku, dan membebaskan aku daripada bebanan tanggungjawab. Oleh itu, sesiapa yang menyukaimu sewaktu hidup daripadaku, maka telah melunaskan tanggungjawabnya. Dan sesiapa yang mencintaimu pada hidupmu selepas kewafatanku, Allah akan tetapkan keamanan dan iman kepadanya. Sesiapa yang mencintaimu selepas kewafatanku sedangkan dia tidak pernah melihatmu, Allah tetapkan untuknya keamanan dan keimanan, serta Allah tenteramkannya pada hari kekacauan yang besar. Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan dia membencimu wahai ‘Ali, dia mati sebagai jahiliah, Allah akan menghisabnya terhadap apa yang dia telah lakukan ketika Islam."
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1865, hadis nombor 9409. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنها-، قال: بينما أنا مع النبي في ظل بالمدينة، وهو يطلب عليا -رضي الله عنه-، إذ أتينا إلى حائط فنظرنا فيه، فنظر إلى علي وهو نائم في الأرض وقد اغبر فقال: «لا ألوم الناس، يکنوك أبا تراب» فلقد رأيت عليا تغير وجهه، واشتد ذلك عليه، فقال: «ألا أرضيك يا علي؟» قال: بلى يا رسول الله، قال: «أنت أخي ووزیري؛ تقضي دیني، وتنجز موعدي، وتبرئ ذمتي. فمن أحبك في حياة مني، فقد قضى نحبه. ومن أحبك في حياة منك بعدي؛ ختم الله له بالأمن والإيمان. ومن أحبك بعدي ولم يرك؛ ختم الله له بالأمن والإيمان، وأمنه يوم الفزع الأكبر. ومن مات وهو يبغضك يا علي؛ مات ميتة جاهلية، يحاسبه الله بما عمل في الإسلام». [طب، «الضعيفة» (٤٩٤٤)].
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, berkata: “Semasa aku dan Rasulullah SAW bersama di bawah teduhan di Madinah, baginda mencari ‘Ali RA, (kemudian) kami menjumpai sebuah kebun dan melihat kepadanya, lantas kami telah melihat ‘Ali sedang tidur di atas tanah, dan badannya dipenuhi habuk, dan baginda berkata: “Aku tidak akan menyalahkan manusia yang lain memanggilmu Abu Turab (bapa pasir)”, maka aku melihat wajah ‘Ali berubah dan dia merasa susah ketika mendengarnya. Baginda berkata: “Tidakkah kamu mahu aku memberikan kamu suka wahai ‘Ali?”. ‘Ali menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah”. Kamu saudaraku dan pembantuku; melunaskan hutangku, kamu memenuhi janji temuku, dan membebaskan aku daripada bebanan tanggungjawab. Oleh itu, sesiapa yang menyukaimu sewaktu hidup daripadaku, maka telah melunaskan tanggungjawabnya. Dan sesiapa yang mencintaimu pada hidupmu selepas kewafatanku, Allah akan tetapkan keamanan dan iman kepadanya. Sesiapa yang mencintaimu selepas kewafatanku sedangkan dia tidak pernah melihatmu, Allah tetapkan untuknya keamanan dan keimanan, serta Allah tenteramkannya pada hari kekacauan yang besar. Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan dia membencimu wahai ‘Ali, dia mati sebagai jahiliah, Allah akan menghisabnya terhadap apa yang dia telah lakukan ketika Islam." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4944]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.