Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن لم يُكْثِرْ ذكرَ اللهِ تعالى فقد بَرِىءَ من الإيمانِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tidak banyak mengingati Allah Ta'ala maka dia telah melepaskan diri (membebaskan diri) daripada iman.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1411, hadis no. 7158. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: من لم يكثر ذكر الله تعالى فقد برئ من الإيمان. [طص، طس، ((الضعيفة)) (890)]
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tidak banyak mengingati Allah Ta'ala maka dia telah melepaskan diri (membebaskan diri) daripada iman. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 890]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman