Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Seluruh lapisan bumi akan musnah pada hari kiamat melainkan masjid-masjid

Teks Bahasa Arab

حديث: تذهب الأرضون كلها يوم القيامة إلا المساجد. فإنه ينضم بعضها إلى بعض.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Seluruh lapisan bumi akan musnah pada hari kiamat melainkan masjid-masjid, Sesungguhnya masjid-masjid setengahnya akan bersatu dengan setengah yang lain.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 23, hadis no. 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا وفي إسناده: أصرم بن حوشب كذاب.

Ibn 'Adi meriwayatkannya daripada Ibn Abbas secara marfu (yang disandarkan pada nabi), pada sanadnnya terdapat perawi bernama Asram bin Hausyab dan dia adalah pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.