Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Selesaikanlah jenazah saudara kamu kerana ketakutan telah merobek hatinya

Teks Bahasa Arab

جَهّزُوا صَاحِبَكُمْ؛ فَإِنَّ الْفَرَقَ فَلَقَ كِبْدَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Uruskanlah (pengebumian) saudara kamu kerana ketakutan telah merobek hatinya.

Sahabat Perawi

  1. Sahl bin Saad

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1752, hadis no. 8824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن سعد -رضي الله عنه- قال: أن فتى من الأنصار دخلته خشية من النار، فكان يبكي عند ذكر النار، حتى حبسه ذلك في البيت، فذكر ذلك للنبي - صلى الله عليه وسلم -، فجاءه في البيت، فلما دخل عليه؛ اعتنقه الفتى وخر ميتاً، فقال النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((جهزوا صاحبكم؛ فإن الفرق فلق كبده)). [ابن أبي الدنيا في ((الخوف))، ك، هب، ((الضعيفة))(5300)].

(Lemah) Daripada Sahl bin Sa’ad RA berkata: “Terdapat seorang pemuda Ansar yang dikuasai ketakutan akan neraka. Dia akan menangis ketika disebutkan tentang neraka sehingga dia mengurungkan dirinya di dalam rumah. Lalu diceritakan hal itu kepada Nabi SAW dan baginda pergi ke rumahnya. Apabila baginda mendekatinya, pemuda itu memeluk baginda dan dia telah pengsan lalu mati. Baginda berkata: Uruskanlah (pengebumian) saudara kamu kerana ketakutan telah merobek hatinya.” [Riwayat Ibn Abi Dunya di dalam al-Khawf, al-Hakim di dalam al-Mustadrak, dan al-Baihaqi di dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dai'fah no. 5300].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.