Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا صليتَ الصبحَ، فقل قبلَ أن تكلمَ أحدًا : اللهم أَجِرْنِي من النارِ سَبْعَ مراتٍ، فإنك إن مُتَّ من يومِكَ، كتب اللهُ لكَ جِوارًا من النارِ، وإذا صليتَ المغربَ فقل مثلَ ذلك، فإنك إن مُتَّ من لَيْلَتِكَ، كتب اللهُ لكَ جِوارًا من النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila engkau selesai solat Subuh, maka ucapkanlah sebelum engkau berbicara dengan sesiapa pun: Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada api neraka, sebanyak tujuh kali kerana jika engkau mati pada hari tersebut, Allah akan tuliskan untukmu jauh daripada api neraka dan apabila kamu selesai solat Maghrib, maka ucapkan sedemikian juga kerana sekiranya engkau mati pada malam itu, Allah tuliskan untukmu jauh daripada api neraka.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1424, hadis no. 7231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مسلم بن الحارث التميمي، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا صليت الصبح، فقل قبل أن تكلم أحدا: اللهم أجرني من النار سبع مرات، فإنك إن مت من يومك، كتب الله لك جوارا من النار، وإذا صليت المغرب فقل مثل ذلك، فإنك إن مت من ليلتك، كتب الله لك جوارا من النار. [ابن حجر في ((نتائج الأفكار))، ((الضعيفة)) (1624)]
(Lemah) Daripada Muslim bin al-Harith al-Tamimi, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila engkau selesai solat Subuh, maka ucapkanlah sebelum engkau berbicara dengan sesiapa pun: Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada api neraka, sebanyak tujuh kali kerana jika engkau mati pada hari tersebut, Allah akan tuliskan untukmu jauh daripada api neraka dan apabila kamu selesai solat Maghrib, maka ucapkan sedemikian juga kerana sekiranya engkau mati pada malam itu, Allah tuliskan untukmu jauh daripada api neraka. [Riwayat Ibn Hajar dalam Nata'ij al-Afkar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1624]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman