Selepas pembesar Quraisy mengucapkan ucapan tersebut kepada Abu Talib

TEKS BAHASA ARAB

أن قريشا حين قالوا لأبي طالب هذه المقالة بعث إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال له: يا ابن أخي إن قومك قد جاؤني فقالوا لي كذا وكذا، للذي كانوا قالوا له، فأبق عليّ وعلى نفسك، ولا تحملني من الأمر ما لا أطيق، قال: فظن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قد بدا لعمه فيه بداءومسلمه وأنه قد ضعف عن نصرته والقيام معه، قال: فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا عم! والله لو وضعوا الشمس في يميني، والقمر في يساري، على أن أترك هذا الأمر حتى يظهره الله أو أهلك فيه ما تركته. قال: ثم استعبر رسول الله صلى الله عليه وسلم فبكى ثم قام فلما ولى ناداه أبو طالب: أقبل يا ابن أخي! فأقبل عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: اذهب يا ابن أخي فقل ما أحببت فوالله لا أسلمك لشيء أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Selepas pembesar Quraisy mengucapkan ucapan tersebut kepada Abu Talib, dia mengutuskannya kepada Rasulullah SAW. Beliau berunding : Wahai anak saudaraku, sesungguhnya orang besar kaummu telah menemuiku, dan melaporkan sekian sekian perkara. Justeru kasihanilah saya, dan kasihanilah juga dirimu. Janganlah kamu bebankan saya dengan bebanan yang saya tidak larat untuk pikul.
Rasulullah SAW mula menyangka bahawa bapa saudaranya telah mengkhianati baginda dan menyerahkan baginda kepada orang kafir, kerana barangkali dia sudah tidak larat untuk membela dan mempertahan baginda lagi. Baginda SAW bersabda, Wahai bapa saudaraku, sekiranya matahari diletakkan di tangan kanan saya, dan bulan di tangan kiri saya supaya meninggalkan dakwah ini sehingga Allah memenangkan dakwah ini, atau saya meninggal dalam memperjuangkannya , saya langsung tidak akan meninggalkannya.
Kemudian baginda mengekspresikan kesedihan baginda, seraya menangis dan bangkit. Tatkala baginda mahu beredar pergi, Abu Talib memanggilnya, Ke marilah, wahai anak saudaraku, baginda segera menghadapnya, anak saudaraku, kamu teruslah berdakwah, sampaikanlah segala apa yang kamu suka. Demi Allah, saya tidak akan menyerahkan anda kepada sesiapa selama-lamanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1037-1038, hadis nombor 5311. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يعقوب بن عتبة بن المغيرة بن الأخنس أنه حدث: أن قريشا حين قالوا لأبي طالب هذه المقالة بعث إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال له: يا ابن أخي إن قومك قد جاؤني فقالوا لي كذا وكذا للذي كانوا قالوا له، فأبق عليّ وعلى نفسك ولا تحملني من الأمر ما لا أطيق، قال: فظن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قد بدا لعمه فيه بداء ومسلمه وأنه قد ضعف عن نصرته والقيام معه قال: فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا عم! والله لووضعوا الشمس في يميني، والقمر في يساري، على أن أترك هذا الأمر حتى يظهره الله أو أهلك فيه ما تركته. قال: ثم استعبر رسول الله صلى الله عليه وسلم فبكى ثم قام فلما ولى ناداه أبو طالب: أقبل يا ابن أخي! فأقبل عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: اذهب يا ابن أخي فقل ما أحببت فوالله لا أسلمك لشيء أبدا. [ابن اسحاق، الضعيفة (909)]

(Lemah) Daripada Ya‘qub bin ‘Utbah bin al-Mughirah bin al-Akhnas, beliau menceritakan, selepas pembesar Quraisy mengucapkan ucapan tersebut kepada Abu Talib, dia mengutuskannya kepada Rasulullah SAW. Beliau berunding: Wahai anak saudaraku, sesungguhnya orang besar kaummu telah menemuiku, dan melaporkan sekian sekian perkara. Justeru kasihanilah saya, dan kasihanilah juga dirimu. Janganlah kamu bebankan saya dengan bebanan yang saya tidak larat untuk pikul.
Rasulullah SAW mula menyangka bahawa bapa saudaranya telah mengkhianati baginda dan menyerahkan baginda kepada orang kafir, kerana barangkali dia sudah tidak larat untuk membela dan mempertahan baginda lagi. Baginda SAW bersabda, Wahai bapa saudaraku, sekiranya matahari diletakkan di tangan kanan saya, dan bulan di tangan kiri saya supaya meninggalkan dakwah ini sehingga Allah memenangkan dakwah ini, atau saya meninggal dalam memperjuangkannya, saya langsung tidak akan meninggalkannya.
Kemudian baginda mengekspresikan kesedihan baginda, seraya menangis dan bangkit. Tatkala baginda mahu beredar pergi, Abu Talib memanggilnya, Ke marilah, wahai anak saudaraku, baginda segera menghadapnya, anak saudaraku, kamu teruslah berdakwah, sampaikanlah segala apa yang kamu suka. Demi Allah, saya tidak akan menyerahkan anda kepada sesiapa selama-lamanya. [Riwayat Ibn Ishaq dalam al-Sirah al-Nabawiyyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 909]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs