Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Selepas mencipta dunia, Allah SWT memandangnya lalu Dia berpaling daripadanya

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللَّهَ - تعالى - لمَّا خلقَ الدُّنيا نظرَ إليها ثمَّ أعرضَ عَنها ثمَّ قالَ: وعزَّتي لا أنَزلتُكِ إلَّا في شرارِ خَلقي.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SWT tatkala mencipta dunia, Dia memandangnya, lalu Dia berpaling darinya, dan Dia berfirman: “Dengan kemulian-Ku, Aku tidak turunkanmu kecuali pada sejahat-jahat makhluk-Ku.”

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1825, hadis no. 9199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إن الله - تعالى - لما خلق الدنيا نظر إليها ثم أعرض عنها ثم قال: وعزتي لا أنزلتك إلا في شرار خلقي)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3081)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT tatkala mencipta dunia, Dia memandangnya, lalu Dia berpaling darinya, dan Dia berfirman: “Dengan kemulian-Ku, Aku tidak turunkanmu kecuali pada sejahat-jahat makhluk-Ku.” [Riwayat Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3081]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.