Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَرْدِيَةُ الغزاةِ السيوفُ
Teks Bahasa Melayu
Selendang perhiasan para pahlawan perang adalah pedang.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1027, hadis no. 5272. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
[ضعيف] عن الحسن قال: قال النبي: أردية الغزاة السّيوف. [عب، الضعيفة (٧٠٠٧)]
[Lemah] Daripada al-Hasan (beliau) berkata: Rasulullah SAW bersabda: Selendang perhiasan para pahlawan perang adalah pedang. [Riwayat 'Abd al-Razzaq di dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah (7007)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman