Selawat kepadaku adalah cahaya di atas titian sirat

TEKS BAHASA ARAB

الصلاة علي نور على الصراط، ومن صلى علي يوم الجمعة ثمانين مرة؛ غفرت له ذنوب ثمانين عاما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Selawat kepadaku adalah cahaya di atas titian sirat dan sesiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, maka diampunkan dosanya selama 80 tahun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1465, hadis nombor 7458. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة- رضي الله عنه – مرفوعا: ((الصلاة علي نور على الصراط، ومن صلى علي يوم الجمعة ثمانين مرة؛ غفرت له ذنوب ثمانين عاما)). [فر،((الضعيفة)) (3804)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Selawat kepadaku adalah cahaya di atas titian sirat dan sesiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, maka diampunkan dosanya selama 80 tahun.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3804]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs