Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصَّلاةُ عليَّ نورٌ على الصِّراطِ، ومن صلَّى عليَّ يومَ الجمعةِ ثمانين مرَّةً غُفِرت له ذنوبُ ثمانين عامًا.
Teks Bahasa Melayu
Selawat kepadaku adalah cahaya di atas titian sirat dan sesiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, maka diampunkan dosanya selama 80 tahun.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1465, hadis no. 7458. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Selawat kepadaku adalah cahaya di atas titian sirat dan sesiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, maka diampunkan dosanya selama 80 tahun. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3804]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman